HTP
HTP
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman web kami....Semoga anda memperolehi banyak maklumat yang berfaedah
Ajk Aspurina dan seluruh warga Aspurina mengucapkan selamat menyambut Hari Buruh kepada seluruh penduduk Malaysia ... semoga anda lebih cemerlang ....

 

 

Seramai 3 orang Nazir Pesekutuan telah hadir membuat pemantauan "Claster School" di SMKANLselama 2 hari iaitu dari 27 Feb hingga 28 Feb 2007. Pengetua telah membentangkan tentang pengurusan akademik, hem dan kokurikulum di samping aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan kecemerlangan SMKANL.
Segala maklumat yang diperolehi direkodkan oleh Pn Rohana
PK Pentadbiran membantu menyediakan maklumat serta penjelasan yang diperlukan oleh pihak nazir
Proses merekod tentang SMKANL dibuat dengan begitu teliti
Rombongan SM Teknik Pengkalan Chepa tiba ke Naim pada 19 Mac 2007 dalam rangka lawatan khas ke Kantin Sri Naim. Rombongan tersebut seramai 8 orang yang diketuai oleh Pn Aniza bt Mat Saud bertujuan untuk meninjau pengurusan Kantin Sri Naim.

 

Berbincang dengan pengetua ketika lawatan

SMKANL telah menyertai Majlis Ihtifal SMKA 2007 Peringkat Kebangsaan di SMKA Tengku Ampuan Afzan, Pahang yang diadakan pada 11 April hingga 15 Apr 2007. Seramai 24 orang pelajar daripada sekolah ini yang terdiri daripada 12 orang peserta dan 12 orang penyokong serta 4 orang guru pengiring telah mengikuti Majlis Ihtifal tersebut.

Pasukan Hiwar yang terdiri daripada Nor Hanisah Izhar, Nur Bahiran Mat Zain dan Wirdah Mohd Zain menjadi Johan manakala Kuiz Bahasa Arab yang diwakili oleh Tasnim Abd Halim, Salsabila Asry dan Siti Nabilah Aishah telah mendapat tempat ketiga.

Johan Hiwar dari kiri Wirdah Mohd Zain, Nur Bahiran Mat Zain dan Nor Hanisah Izhar

Penyampaian hadiah disempurna-kan oleh Dato' Hj Dangiran Mustapa, TKPPM, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Lundang - Bagi meraikan kejayaan calon SPM dan STPM, SMKANL telah mengadakan majlis Graduasi kali ke-2 di Balai Islam Lundang pada 28 April 2007. Majlis yang penuh gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shukry Mohd Salleh, Pengarah, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Di dalam majlis tersebut seramai 2 graduan SPM dan seorang graduan STPM diistiharkan sebagai pelajar terbilang SMKANL untuk tahun 2006. di samping seramai 121 graduan lain turut diraikan.

PELAJAR GEMILANG SMKANL 2006

Dari kiri : Madiihah Mohamad Nasriff (12 1A, 1 2A), Nur Athirah Sanusi (12 1A, 1 2A) dan Nurthurayya Mat Zin (5P - 2A, 3B)

Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Shukry Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan

Perarakan masuk para graduan ke Dewan Utama Balai Islam

Ketika penyampaian sijil graduan berlangsung

SMKANL menerima kunjungan rombongan KPM seramai 20 orqng yang diketuai oleh Tuan Haji Rozi Puteh Ismail pada 3 Mei yang lepas. Lawatan tersebut adalah sempena Mesyuarat Prestasi dan Data, Bahagian Peperiksaan dan Penilaian yang diadakan di Hotel New Pasific, Kota Bharu. Semasa di SMKANL, Puan Pengetua sempat memberikan taklimat tentang perkembangan sekolah yang terkini sama ada dari segi pengurusan, akademik mahupun kokurikulum.
Sesi soal-jawab turut diadakan sempena lawatan
Bergambar kenangan di hadapan sekolah
Memberikan maklum balas dan maklumat tambahan

SMKAN 16 September 2007- Ceramah khas daripada pihak Bomba Kota Bharu berhubung dengan keselamatan semasa kebakaran yang telah disampaikan oleh En Ahmad Radi Ibrahim, Ketua Operasi Bomba Kota Bharu. Selain daripada itu suatu demonstari memadamkan api turut diadakan selepas daripada ceramah itu.Para guru dan pelajar turut menyertai demonstrasi tersebut

 

Majlis Graduasi SMKANL kali ke-3, 2008 telah berlangsung di Balai Islam Lundang pada 19 April 2008. Seramai 106 graduan telah diraikan dalam majlis tersebut termasuk graduan SPM seramai 100 orang dan graduan STPM seramai 6 orang.

Ezma Yanis bt Mohd Mahidin (12 1A 1 2A), Raja Siti Mardhiah bt Raja Azmi (12 1A 1 2A), Nur Anis Afiqah bt Mohamad Hanapi (11 1A 1 2A) dan Tasnim bt Abdul Halim (11 1A 1 2A) telah di istiharkan sebagai pelajar Terbilang manakala 20 graduan lain diistiharkan sebagai pelajar Gemilang dan 11 graduan diistiharkan sebagai pelajar Cemerlang.

Penyampaian sijil-sijil kepada para graduan telah disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Rashid Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Ucapan Perasmian oleh TKPPM, JAPIM

Perarakan masuk dewan

Penyampaian piala kepada pelajar terbaik

Pemantauan Anugerah Sekolah Cemerlang telah dilaksanakan oleh 4 orang nazir. Mereka ialah Tn Hj Mohamad Salleh Siran, Timbalan Ketua Nazir Negeri Selangor, En Abdullah Hassan, JNS Putrajaya, En Teo Soon Tin, JNS Putrajaya dan Tn Hj Mat Saman Hamat, JNS Kelantan.

Pemantauan telah dijalankan selama 2 hari bermula 29 April 2008 dan berakhir pada 30 April 2008. Dalam jangka masa tersebut, pemantauan dibuat dalam pelbagai aspek termasuk Sistem fail, pengurusn kurikulum, kokurikulum juga pengurusan sekolah. Selain daripada itu pemantauan seluruh kawasan sekolah turut dilaksanakan, sahsiah pelajar dan proses P&P guru.

Ketika pemantauan kawasan

Mempersembahkan Kawad kaki KRS

Bergambar kenangan sebelum pulang

Copyright ©2007 Smka Naim Lilbanat. All rights reserved. Hubungi kami bagi sebarang maklum balas
This site is optimized for FLASH 5  and IE 5.0 or above
Last Updated Thursday, March 29, 2007 09:55:34 AM
Webmaster: cg qiey