HTP
HTP
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman web kami....Semoga anda memperolehi banyak maklumat yang berfaedah
Ajk Aspurina dan seluruh warga Aspurina mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh warga smka... maaf zahir batin....

 

 

SMKA Naim LIlbanat menjadi tuan rumah bagi pertandingan Bola Jaring QIT Kota pada 23 Januari 2007. Dua kategori pasukan dipertandingkan iaitu Bawah 15 dan Bawah 18.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan Bawah 15 menduduki tempat ke-3 manakala pasukan Bawah 18 telah menjadi Naib Johan.

 

Ketika acara bawah 15 tahun berlangsung.

 

Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut.

 

Dalam kejohanan badminton KB 2, yang diadakan pada 31 Januari dan 1 Februari 2007, SMKANL telah menghantar lapan pemain iaitu empat pemain di Bawah 18 dan empat pemain Bawah 15.

Dalam acara perseorangan Bawah 18, Nurul Sakinah Zabidi Azhar berjaya menjadi Naib Johan dan dalam acara beregu bagi kategori yang sama, Nurul Sakinah Zabidi Azhar dan Noor Ain Mohd Ghazi berjaya menjadi Naib Johan.

Seramai tiga pemain telah terpilih mewakili KB 2 bagi Kejohanan Badminton peringkat Negeri yang dijangka berlangsung pada 12 Februari di Pasir Puteh.

Pasukan Badminton SMKANL yang diketuai oleh En. Mad Nawi Che Harun.

Beraksi ketika Kejohanan Badminton KB 2.

. SMKAN telah menganjurkan Hari Kemuncak Sukan XII pada 7 mac 2007 bertempat di padang Asrama SMKAN yang dirasmikan oleh Puan Pengetua sendiri dengan motto "Badan Cergas Minda Cerdas". Antara permainan yang dipertandingkan ialah Bola Jaring, Bola Baling , bola tampar ,Ping pong, Congkak dan Catur. Turut dipertandingkan juga ialah acara melontar peluru dan cakera. Acara-acara ini mula dipertandingkan pada 4 Mac 2007 dan pertandingan akhir diadakan pada Hari Kemuncak Sukan.

Dalam kejohanan sukan kali ini, Rumah Nusaibah (hijau) dinobatkan sebagai Johan keseluruhan kerana mengumpul mata keseluruhan yang tertinggi.

 

Pertandingan catur sedang ber-langsung

Pasukan Rumah Sumaiyyah sedang beraksi ketika perbarisan.

Ketika Ikrar Hari Kemuncak Sukan dilafazkan.

Perlawanan antara Rumah Sumaiyyah dan Rumah Nusaibah.

Ketibaan YB Datuk Zaid Ibrahim disambut oleh PK Kokurikulum, guru serta para pelajar

Slot Bicara Tokoh oleh YBhg Datuk Hassan Harun

Majlis Perasmian Hari kemuncak Kokurikulum dan hari koperasi 2007 sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke 50 telah diadakan pada 16 Ogos 2007 bertempat di Dewan Makan Asrama Sekolah. Majlis yang bertemakan "Naim Menerajui Kecemerlangan" telah di rasmikan oleh YB Datuk Zaid Ibrahim, Ahli Parlimen Kota Bharu. Di dalam majlis yang sama, slot Bicara Tokoh telah diadakan dan disampaikan oleh YBhg Datuk Hassan Harun.

Antara pengisian bulan kemerdekaan yang akan diadakan ialah Pertandingan berbalas pantun pada 12 - 18 Ogos, Sajak Patriotisme pada 7 Ogos, Pertandingan reka cipta pada 26 Ogos, Kuiz merdeka pada 16 Ogos, Larian merdeka pada 30 Ogos, Pertandingan menulis esei ayang bertajuk 'Why my mother is important to me' pada 7 - 20 Ogos dan Jualan hari koperasi di sepanjang bulan Ogos.

Dikemuncak majlis perasmian, diadakan upacara 'Menanam Pokok Bunga Raya' sempena kemerdekaan ke 50

Upacara Penanaman pokok bunga raya oleh YB Datuk Zaid Ibrahim.

SMKANL telah mengadakan larian merdeka yang juga merupakan kemuncak sambutan Kemerdekaan ke 50 negara pada 30 ogos 2007. Larian ini disertai oleh lebih kurang 850 pelajar daripada sekolah ini yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Larian semangat pelajar bersama jalur gemilang dimulakan seawal jam 8.30 pagi di padang asrama sekolah. Pelepasan pelajar disempurnakan oleh Pn Norsilawati Yusof, PK Pentadbiran SMKANL. Hadiah diberikan kepada para pemenang untuk setiap tingkatan.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah gerai jualan beranika jenis makanan oleh koperasi sekolah dan juga kelab serta persatuan. Cabutan bertuah juga diadakan oleh pihak koperasi berupa 2 buah basikal. Pertandingan Busana Muslimah, kuiz sejarah, berbalas pantun antara guru dan pelajar dan sebagainya.

 

Kuala Terengganu- Pasukan nasyid Soutun Naim telah dinobatkan sebagai juara zon timur dalam pertandingan Marhaban di Astro, anjuran Astro bertempat di Pasaraya Mydin, Kuala Terengganu yang berlangsung pada 29 september yang lepas. Pasukan ini akan mewakili zon timur dalam pertandingan peringkat akhir yang akan berlangsung di Jusco, kelang, Selangor pada 7 Oktober 2007.

Marhaban di Astro telah dihakimi oleh 3 orang personiliti terkenal iaitu Ustaz Akil Hayy, Wahida dan Ariffin Hijaz.

Kumpulan nasyid Soutun Naim bergambar kenangan bersama Utz Akil Hayy, Wahida dan Ariffin Hijaz.

Persembahan dari kumpulan Soutun Naim

Para Hakim sedang membuat penilaian

Acara penyampaian hadiah di akhir pertandingan

Copyright ©2008 Smka Naim Lilbanat. All rights reserved. Hubungi kami bagi sebarang maklum balas