Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman web kami....Semoga anda memperolehi banyak maklumat yang berfaedah |
Ajk Aspurina dan seluruh warga Aspurina mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul kepada seluruh warga smka... semoga kalian diberkati Allah selalu....
|
|
Pada tahun 2007 pendaftaran tingkatan 1 berjaya dilaksanakan lebih awal iaitu pada hari kedua persekolahan dibuka. Pada hari tersebut majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Tn Hj Ismail Md Noor, Pengarah Pelajaran Kelantan. Beliau telah menyampaikan ucap utama serta merasmikan majlis tersebut.
|

Kehadiran Tuan Pengarah disambut oleh pentadbir SMKANL |

Para ibubapa dan pelajar baru sedang mengikuti taklimat |
Sambutan Maal Hijrah 1428H telah diadakan pada 27 Januari yang lepas. Di majlis sambutan tersebut satu ceramah khas telah diadakan yang disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Daud yang dijemput khas daripada SMK Panji.
Pada hari yang sama juga satu Seminar Jawi telah diadakan untuk pelajar tingkatan 3 oleh seorang Pegawai SPIM, JPN Kelantan.
|

Ceramah khas bertempat di Masjid Naim
|

Seminar Jawi bertempat di Dewan Makan Asrama
|
SMKANL telah menyertai Kursus Per-kembangan Staf Gabungan SMKA 2007 pada 3 Februari 2007 bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu.
Perasmian Penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh Tn Hj Ismail Md Noor, Pengarah Pelajaran Kelantan.
Di dalam kursus tersebut 3 kertas kerja telah dibentang iaitu pengurusan kurikulum oleh Tn Hj Wan Hamzah Wan Daud, Pengetua SMSTMFP, Pengurusan Fail dan Surat Menyurat oleh En Abdul Hamid Dollah, Ketua Unit Kualiti JPN Kelantan dan Pengurusan Harta Modal oleh En Mohamad Dollah, Penolong Akauntan Unit Perolehan JPN Kelantan.
|

Tn Hj Wan Hamzah Wan Daud sedang menyampaikan ceramah 
Antara Peserta Kursus yang hadir, khusyuk mendengar ceramah |

Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Pengetua SMKAN 
Perasmian penutup sisempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Kelantan. |
Pada julung kalinya SMKANL mengada-kan Majlis Penyampaian Watikah Kepimpinan Sekolah yang menggabungkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Guru Muda, Ketua Tingkatan dan SPBT.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Pengetua sendiri pada 4 Februari bertempat di Medan Tarbiah SMKANL.
Antara objektif majlis tersebut ialah melahirkan pelajar yang bertanggung-jawab terhadap tugas yang diamanah-kan serta mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi dalam bidang kepimpinan.
|

Perasmian oleh Pn Hjh Maimunah Ismail, Pengetua SMKANL 
Ketua Pengawas merangkap Ketua Pelajar menerima watikah perlantikan daripada Pengetua. |

Ketua PRS menerima watikah perlantikan daripada Pengetua 
Bacaan Ikrar diketuai oleh Ezma Yanis Mohd Mahidin, Ketua Pelajar. |
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak JPN Kelantan di atas pencapaian cemerlang PMR 2006, para guru SMKANL diraikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan, Tn Hj Zahari Daud dalam suatu jamuan khas yang diadakan di New Horizon garden pada 7 Februari 2007..
Turut dijemput dalam majlis tersebut juga ialah para guru daripada SK Zainab 2 di atas kecemerlangan UPSR 2006 yang lalu. |
 |
 |
Pada 10 Februari 2007, SMKANL telah menganjurkan Majlis Ihtifal peringkat sekolah bagi memilih calon-calon yang akan bertanding di peringkat seterusnya.
Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah, Hafazan, Kalimatus Sobah, Kuiz B Arab, Kuiz Al Quran dan Syarahan Agama.
|
 |
 |
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 dan Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 8 september 2007 bertempat di Dewan Makan Asrama SMKAN. Majlis tersebut yang bermula pada pukul 2.00 petang itu telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Razak b. Mat Saat, Ketua Sektor SPIM, JPN Kelantan.
Di dalam majlis yang sama, anugerah kecemerlangan disampaikan kepada pelajar. Antara penerimanya ialah 90 pelajar 9A PMR 2006, 29 pelajar 8A PMR serta anugerah tokoh khas kepada 5 orang pelajar. YDP PIBG, Dr Hj Abdul Rashid Hj Ismail telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang PMR manakala penyampaian hadiah kepada tokoh khas disampaikan oleh Tn Hj Abdul Razak Mat Saat, KS, SPIM, JPN Kelantan.
Antara tokoh yang diberi anugerah khas ialah Raja Shaheeda Raja Salleh (Tokoh Puteri, PPIM negeri Kelantan) - Tokoh Kokurikulum, Kaiyisah Hussin (Johan Nilam Kebangsaan) - Tokoh Nilam, Ezma Yanis Mahidin (Ketua Pelajar) - Tokoh Kepimpinan, Fathin Nabilah Abdul Rashid (Terbaik PMR 2006 Kebangsaan) - Tokoh Akademik dan Noorul Hafizah Kamaruzzaman (Ketua Asrama) - Tokoh Asrama.

Mesyuarat sedang berlangsung dan gambar sebelah menunjukkan para ibubapa sedang mengikuti mesyuarat
|

YBrs Ketua Sektor SPIM, JPN Kelantan sedang memberikan ucapan

Penyampaian hadiah oleh YDP PIBG
|
Copyright ©2008 Smka Naim Lilbanat. All rights reserved. Hubungi kami bagi sebarang maklum balas |
|