 |
| PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU |
Ahli Jawatankuasa PIBG SMKA Naim Lilbanat tahun 2005/06
Sepanjang tahun 2005/06 Jawatankuasa PIBG sekolah ini telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali termasuk mesyuarat khas.
Sepanjang sesi lepas PIBG telah merancang dan melaksanakan pelbagai program serta perancangan jangka pendek dan jangka panjang selain dari meneruskan program yang sedia ada, antaranya ialah :-
1. Membantu pihak sekolah melaksanakan kelas-kelas tambahan, seminar dan program motivasi bagi pelajar-pelajar, pihak PIBG juga mengatur beberapa pertemuan dengan ibubapa untuk memberi maklumat serta mendapat persetujuan untuk menanggung kos pengurusan bersama pihak sekolah.
2. Pihak PIBG juga telah meneruskan pengendalian Pusat Kursus Literasi Asas Komputer yang diserahkan pengendaliannya kepada syarikat di bawah tajaan PIBG.
3. Pihak PIBG dalam mesyuarat AJK pada 10 April 2006 telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM10,000 untuk membina pondok Bahasa di kawasan berdekatan juga untuk kepentingan pelajar dan ibubapa menunggu anak-anak mereka.
| Copyright ©2008 Smka Naim Lilbanat. All rights reserved. Hubungi kami bagi sebarang maklum balas |
|