HTP
HTP
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman web kami....Semoga anda memperolehi banyak maklumat yang berfaedah
Semua warga Naim mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik di mana jua berada, semoga kalian di dalam keberkatan Allah jua ....

Pengetua Naim

1. Tn Hj Idris b. Hj Omar (1941 - 1962.

2. Pn Hjh Salamah bt Hj Hassan (Feb 1962 - 1965)

3. Pn Hjh Nik Zaharah bt Hj Nik Yahya (Mac 1965 - 1982)

4. Tn Hj Wan Mohd Zain b Hj Wan Yaacob (16 Apr 1983 - 31 Dis 1988)

5. Pn Hjh Fauziah bt Abdul Rashid (1993 - 1996)

6. Tn Hj Abdul Lazid Musa (Memangku/ 1996-1997)

7. Tn Hj Abdullah b Hussin (1997 - 2000)

8. Tn Hj Wan Mohd Yasim b Wan Seman (2000 - 2006)

9. Pn Hjh Maimunah bt Hj Ismail (2006 - kini)

 

 

PERKEMBANGAN AKADEMIK NAIM SEMENJAK 1941............

Akademik

Pada peringkat awal penubuhan sekolah yang tersohor pada ketika itu di negeri Kelantan, Madrasatun Naim Lilbanat telah menjadi tumpuan para ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu agama di samping beberapa kemahiran lain yang turut diajar seperti jahitan dan masakan.

Sekolah ini pada peringkat awalnya hanya mempunyai satu aliran dengan dua peringkat sijil iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tingkatan 6 mula beroperasi pada tahun 1985 dengan jumlah pelajarnya seramai 18 orang. Pada tahun 1986 pula aliran sains untuk tingkatan 4 telah diperkenalkan di sekolah ini dengan pelajar perintisnya seramai 23 orang. Sehingga sekarang, aliran sains untuk SPM lebih dominan berbanding dengan aliran agama Iktisas. Pelajar Naim menduduki 3 peringkat peperiksaan dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai yang terbaru.

Perkembangan di bidang akademik adalah menjadi satu kebanggaan bagi warga Naim. Kejayaan pelajar Naim terbukti dengan peningkatan peratus keputusan peperiksaan dari setahun kesetahun dan dapat mengatasi sekolah-sekolah lain di Kelantan

Tahun

SRP SPM

STPM

1977 52.3% 44.1%
-
1978 27.3% 15.8%
-
1979 59.3% 25.0%
-
1980 84.6% -
-
1981 88.9% 92.3%
-
1982 90.6% 82.6%
-
1983 86.2% 90.0% -
1984 87.2% 81.8% -
1985 98.6% 95.06% 100%
Tahun SRP/PMR SPM/SAS STPM
1986 100% 88.2%/92.3% 93.1%
1987 100% 98.2%/100% 100%
1988 99.9% 100% 95.2%
1989 98.5% 99.5%/100% 97.1%
1990 99.4% 99.1%/100% 93.8%
1991 100% 100%/99.7% 99.1%
1992 100% 100% 100%
1993 93.9% 100%/100% 100%
1994 98.1% 100%/100% 98.3%
1995 97.5% 100%/100% 100%
1996 100% 100% 98.4%
1997 100% 100% 96.6%
1998 100% 100% 100%
1999 100% 100% 100%
2000      
2001      
2002      
2003      
2004      
2005 99.0% 2.52 96.9%
2006      
2007      

penghargaan Khas daripada JAPIM di atas pencapaian terbaik SPM 2005 bagi SMKA seluruh Malaysia.

Akademik

Sekolah ini pada peringkat awalnya hanya mempunyai satu aliran dengan dua peringkat sijil iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tingkatan 6 mula beroperasi pada tahun 1985 dengan jumlah pelajarnya seramai 18 orang. Pada tahun 1986 pula aliran sains untuk tingkatan 4 telah diperkenalkan di sekolah ini dengan pelajar perintisnya seramai 23 orang. Sehingga sekarang, aliran sains untuk SPM lebih dominan berbanding dengan aliran agama Iktisas.

 

 

Copyright ©2007 Smka Naim Lilbanat. All rights reserved. Hubungi kami bagi sebarang maklum balas

Naim Cyber Centre (NCC)

Terdapat 25 PC yang dibekalkan oleh pihak syarikat. Selain daripada guru dan pelajar boleh menggunakan kemudahan PC termasuk Internet, ia juga dibuka kepada pihak luar untuk aktiviti menggunakan PC juga untuk berkursus.

Perjanjian kerjasama telah termentri selama 5 tahun, di mana selepas tempoh itu, NCC akan di miliki penuh oleh PIBG SMKA Naim Lilbanat

Makmal komputer baru mula dibina pada tahun 2004 dan penggunaannya secara rasmi untuk P&P bermula pada tahun 2006

Bilik Simulasi yang menempatkan 39 PC untuk kegunaan proses P&P