HTP
HTP
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman web kami....Semoga anda memperolehi banyak maklumat yang berfaedah
Semua warga Naim mengucapkan selamat menyambut Hari Guru Semoga prestasi anda tahun ini lebih cemerlang ....
TERKINI ......
Seramai 4 orang nazir persekutuan telah hadir ke SMKA Naim Lilbanat pada 29 dan 30 April 2008 bagi menjalankan pemantauan Anugerah Sekolah Cemerlang untuk tahun 2008 ....
Seramai 4 orang kru TV3 membuat penggambaran di Naim sempena kemenangan pelajar Naim dalam pertandingan 'spelling right' peringkat negeri Kelantan anjuran NST dengan kerjasama TV3 ......
Pasukan nasyid Soutun Naim dijemput membuat persembahan dalam festival Kesenian Islam (FESKIS) anjuran Institud Perguruan Kota Bharu pada 4 Mei 2008 di Dewan Wawasan IPKB.
Pelajar Ting 5USL,Nur Amirah Bt.Ab.Aziz telah mewakili negeri Kelantan ke Kem Tokoh Kepimpinan Peringkat Kebangsaan ASAT 2008 dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Kebangsaan bagi kategori Menengah Atas Perempuan.

 

 

Tokoh Kepimpinan Pelajar 2008

Nur Amirah bt Abd Aziz yang berada di tingkatan 5 Ummu Sulaim adalah anak kepada pasangan En Abd Aziz b Yusof dan Pn Hasnida bt Husain yang dilahirkan pada 20 Julai 1991. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Beris Panchor, kemudian ke SK Kemudi, Bachok dan oleh kerana keinginan untuk belajar di sekolah agama maka SMKA Naim Lilbanat menjadi pilihannya.

Bakat kepimpinan Nur Amirah dapat dinafikan lagi apabila dilantik menjadi pengawas sekolah pada tahun 2007 sehingga sekarang dengan menjawat jawatan exco tugas khas Badan Pengawas.

Selain bergiat dalam badan pengawas beliau juga dilantik sebagai exco disiplin asrama dan ketua lajnah usrah BADAR. Beliau juga memegang jawatan sebagai setiausaha kadet briged bakti dan setiausaha Persatuan Agama Islam. Penglibatan aktif dalam kokurikulum juga tidak menghalang pencapaian yang baik dalam bidang kurikulum di mana beliau telah memperolehi 9A dalam PMR 2006.

Nur Amirah banyak menyertai pertandingan dan memenangi beberapa anugerah peringkat sekolah, negeri

dan kebangsaan. Antara pertandingan yang telah disertai ialah kuiz Perlancongan Peringkat Kebangsaan 2007, Johan nasyid Anugerah Seri Asrama Terbilang 2007, mewakili zon timur ke pertandingan nasyid Marhaban di Astro 2007, mewakili negeri Kelantan ke kem Tokoh Kepimpinan Asrama peringkat kebangsaan 2008 di Sabah dan dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Murid Asrama Peringkat Kebangsaan bagi kategori menengah atas perempuan.

Sekali lagi Naim mengekalkan rekod kecemerlangan dalam peperiksaan PMR 2007 ....... Berita lanjut

 
Lagu Sekolah
Lawatan

 

 

 

Copyright ©2008 Smka Naim Lilbanat. All rights reserved. Hubungi kami bagi sebarang maklum balas
Guru Bertukar
 
 
 
Guru Masuk